Posts tagged ‘beauty’

25 HASIL PENYELIDIKAN DIBENTANGKANDALAM MARKETING RESEARCH COLLOQUIUM 2012

72384_459134530790664_141340407_n

26 November 2012, sebanyak 25 kertas kerja penyelidikan berkaitan isu-isu semasa pemasaran di Wilayah persekutuan Labuan telah Berjaya dibentangkan oleh mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) daripada jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa dengan Kepujian sesi 2010/2011dalam program Marketing Research Colloquium 2012. Seramai 105 pelajar yang mengambil kursus Marketing Research (GC30503) diklusterkan kepada 25 kumpulan untuk menjalankan kajian penyelidikan berkaitan isu-isu semasa pemasaran di Wilayah persekutuan Labuan. Sesi pembentangan ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr.Norazah. Mohd Suki yang ternyata amat berbangga dengan hasil penyelidikan para pelajarnya.

Antara tajuk penyelidikan berkaitan isu-isu semasa pemasaran di Wilayah persekutuan Labuanyang dibentangkan ialah “Environmental values and lifestyles as determining factors of ecological consumer behavior”, “The effect of perceived services quality dimension on customer satisfaction, trust and loyalty in e-commerce setting among UMSKAL students: A cross cultural analysis”, “superstitious beliefs in consumers evaluation of brand logos“, “The effect of commitment and trust toward micro-blogs on consumer behavioral intention: A relationship marketing perspective”, “Trust and willingness to adopt e-banking among umskal student and staff” dan sebagainya.

Kebanyakan hasil penyelidikan yang dibentangkan menjurus kepada cara sikap perilaku dalam menentukan tabiat pembelian pengguna, cara hubungan pemasaran wujud dalam meningkatkan kesetiaan pembelian produk dan perkhidmatan dan pengaruh gaya hidup persekitaran mewujudkan komunikasi berkesan dalam pembelian. Penyelidikan yang di lakukan oleh pelajar ini dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi, ternyata berjaya mengupas banyak isu-isu semasa pemasaran di Wilayah persekutuan Labuan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan pada masa kini.

Prof. Dr. Norazah. Mohd Suki yang juga bertanggungjawab sepenuhnya sebagai penasihat kursus ini telah banyak membantu para pelajar menyiapkan segala penyelidikan. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada setiap kumpulan dengan memperkenalkan pelbagai teknik termasuk asas konsep dan juga proses kajian pemasaran. Beliau memberikan pendedahan tentang pengenalan perbezaan tahap proses penyelidikan dan cara membangunkan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran analitikal dalam membuat keputusan pemasaran. Selain itu, pelajar didedahkan tentang cara untuk menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20 untuk menganalisis dan mentafsir segala data penyelidikan pasaran yang telah diperolehi dikumpulkan.

Objektif utama kursus Marketing Research adalah untuk memahami konsep dan teknik yang diperlukan bagi menjalankan penyelidikan pemasaran, mengaplikasikan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah sebenar pemasaran atau perniagaan melalui penyelidikan seterusnya mendidik para pelajar mengenai pemahaman praktikal untuk menganalisis dan mentafsir pangkalan data SPSS. Hasil pembelajaran ini dapat menentukan dan mengenalpasti sifat dan skop penyelidikan, meneroka reka bentuk penyelidikan dan skala pengukuran, memahami pengumpulan data, serta penyediaan dan analisis.

Eternal Beauty

It is cruel, you know, that music should be so beautiful. It has the beauty of loneliness & of pain: of strength & freedom. The beauty of disappointment & never-satisfied love. The cruel beauty of nature, & everlasting beauty of monotony.

(ernizah) ❤

Flower

Beauty is like a flower. Sometimes the ones that bloom early are the prettiest, but wither quickly. The ones that take longer to bloom, hold their beauty forever.

(ernizah) ❤